BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, February 27, 2011



TAJUK
Sejarah seorang saudara baru (muallaf) di kariah anda dan peranannya dalam dakwah

DISEDIAKAN OLEH
Nama: Nurul Najhah Azizah binti Abdul Aziz
Nombor matrik: 2010809116
Kumpulan: Bmd2Ac

DISEDIAKAN UNTUK
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah CTU 151

PROGRAM
Diploma dalam Pengajian Perniagaan

TARIKH HANTAR
28 FEBRUARI 2011

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%
TAJUK
Sejarah seorang saudara baru(muallaf) di kariah anda dan peranannya dalam dakwah
ISI KANDUNGAN
  • ·         Abstrak
  • ·         Pendahuluan
  • ·         Konsep
  • ·         Huraian
  • a.       Latar belakang
  • b.      Perjalanan hidup
  • c.       Cadangan
  • ·         Penutup
  • ·         Bibliografi
    %%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%
ABSTRAK
                Muallaf secara ringkasnya diertikan sebagai saudara islam yang baru. Mereka memeluk islam setelah mendapat hidayah dan mengucap dua kalimah shahadah.Justeru, sebagai saudara baru mereka harus dibimbing dalam mengenali islam dengan lebih dekat. Hal ini kerana, golongan ini juga memainkan peranan yang sama dalam memartabatkan nama dan maruah islam.Muallaf seumpama kain putih yang suci dari noda. Sebagai umat islamyang lebih lama mengenali islam,kita harus membimbing dan mencorak kain putih itu menjadi lukisan yang indah dan sedap mata memandang.Hak muallaf dalam islam tidak harus diketepikan kerana mereka mempunyai hak dalam menuntut hak mereka segagai sebahagian saudara islam. Jika kita tidak membimbing mereka,siapa lagi yang harus memikul tanggungjawab tersebut. Kita tidak sepatutnya membiarkan saudara baru terumbang-ambing dalam mencari cahaya dalam hidup mereka.pengislaman saudara baru harus disokong kerana dapat mengukuhkan lagi institusi islam dalam sesebuah Negara dan ini mencerminkan imej yang baik mengenai agama islam. Sebagai saudara baru juga,mereka harus mempunyai kesedaran  untuk mempelajari perkara baru. Mereka harus menanam niat  murni untuk menjadi muslim yang mempunyai akhlak yang terpuji.Mereka haruslah menjalankan tanggungjawab dan menjalankan kehidupan berpandukan  Al-Quran dan As-Sunnah. Konklusinya,samada sausara baru ataupun sebagai umat islam yang telah lama mengamalkan kehidupan secara isloam mempunyai peranan masing-masing dalam memakmurkan kehidupan kita di dunia yang fana ini.
%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%


PENDAHULUAN
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Segala puji ke hadrat illahi yang telah mengurniakan segala nikmat ke atas hamba-hambanya. Alhamdulillah, kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Allah,tuhan yang Maha Esa yang menguasai seluruh langit dan bumi. Di atas limpah kurnia dan keizinan-Nya, dapat saya menyelesaikan tugasan yang telah diamanahkan kepada saya oleh pensyarah CTU151, Ustaz Abd. Aziz bin Harjin.
Berdasarkan 5 tajuk yang diberikan iaitu Sejarah penubuhan dan kegiatan masjid kariah anda, sejarah dan kegiatan surau taman kariah anda, sejarah seorang tokoh agama di kariah anda dan sejarah seorang saudara baru (muallaf) di kariah anda dan peranannya dalam kariah dakwah. Saya telah memilih tajuk yang terakhir iaitu sejarah seorang saudara baru (muallaf) di kariah anda dan peranannya dalam kariah anda. Saya telah diberikan tempoh selama 2 bulan untuk menyiapkan tugasan yang telah diberikan kepada saya. Saya telah ditugaskan untuk menemubual seorang saudara baru yang terdapat dalam kariah saya. Nama saudara baru yang telah saya temubual ialah Muhammad Firdaus Chen bin Abdullah. Beliau masih mengekalkan Chen di belakang namanya kerana itu adalah nama keturunan beliau.
%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

KONSEP MUALLAF

Mualaf berasal dari bahasa Arab yang berarti tunduk, menyerah, dan pasrah. Sedangkan, dalam pengertian Islam, mualaf digunakan untuk menunjuk seseorang yang baru masuk agama. Merujuk kepada firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Taubah (Ayat 60) berkenaan dengan 8 asnaf yang layak menerima zakat, yang dimaksudkan dengan kalimah 'wal muallafati qulubuhum “ ialah dikhususkan kepada orang yang hatinya cenderung kepada Islam (muallaf) dan ingin memeluk Islam serta mula berjinak-jinak dengan Islam.

 Secara ringkasnya muallaf dapat ditafsirkan sebagai, orang bukan Islam yang memeluk Islam setelah mendapat hidayah dari Allah SWT dengan mengucap dua kalimah syahadah. Setelah mengucap dua kalimah syahadah, wajib keatasnya mengamalkan cara hidup Islam mengikut al-Quran dan as-Sunnah. Pada masa yang sama juga, perintah dan larangan dari Allah harus dipatuhi.

 Menurut hadis lain pula yang telah diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri r.a :
 “Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Apabila seseorang memeluk agama Islam dengan ikhlas, Allah akan mengampunkan semua dosa-dosanya di masa lalu. Kemudian setelah itu mulai diadakan perhitungan, pahala untuk setiap perbuatan baik yang dilakukannya dilipat gandakan sepuluh sampai tujuh ratus kali ganda sedangkan setiap dosa yang dilakukannya akan dicatat sebanyak dosa yang dilakukannya kecuali apabila Allah mengampunkannya.”(al-Bukahri)

Hal ini bererti mualaf ialah orang yang baru berjinak-jinak Islam. Dari segi bahasa mualaf bererti lemah. Istilah ini lalu disandarkan kepada mereka yang baru saja memeluk Islam dan masih lemah pemahamannya tentang Islam. Kebanyakan daripada kita tidak memahami keperluan mualaf.

Mualaf sebenarnya mengharapkan teman dan sahabat yang dapat memberi sokongan moral dan perlindungan dari kecaman keluarga mahupun saudara, kerana perpindahan agama bukanlah perkara yang mudah sebaliknya memerlukan banyak pengorbanan. Justeru perlu ada pihak yang menyelia dan membimbing golongan yang baru memeluk Islam ini agar mereka tidak kembali murtad. Contohnya menziarahi mereka supaya tidak terabai dan memantau perkembangan mereka.

Kebanyakan kes yang berlaku hari ini, orang memeluk Islam sekadar untuk mencukupkan syarat membolehkannya berkahwin dengan pasangan yang beragama Islam. Bukan dengan niat yang benar-benar ikhlas mahu mentauhidkan Allah SWT. Bagi mualaf yang ikhlas ingin memeluk Islam pula, mereka akan melaksanakan ajaran Islam secara bertahap. Bahkan tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa ada antara golongan mualaf ini yang jauh lebih taat daripada mereka yang sejak lahir memeluk Islam. Golongan inilah yang disebutkan di dalam hadis di atas.
%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%


HURAIAN

  • ·         LATAR BELAKANG

Nama beliau ialah Muhammad Firdaus Chen bin Abdullah. Nama firdaus diambil kerana ia adalah salah sebuah nama syurga yang diiharap dapat membawa keberkatan dalam hidupnya. Beliau masih mengekalkan Chen di pangkal namanya kerana Chen adalah nama keluarga Encik Firdaus.Nama beliau sebelum islam ialah Chen Ying Xiong yang bermaksud pendekar yang berani. Encik Firdaus berasal daripada Kota Temerloh, Pahang. Encik Muhammad Firdaus mula memeluk agama islam bermula pada tarikh 4 April 2007. Beliau mendapat pendidikan awal di sebuah sekolah cina di Pahang iaitu SJK (c) Khee Thee bertempat di Temerloh. Beliau mula menuntut di situ bermula daripada darjah 1 hingga darjah 6 kerana kesempitan hidup keluarga dan kerana keinginan untuk bekerja lantaran masalah yang melanda keluarga dan tekanan hidup yang dihadapi oleh beliau. Menurut beliau lagi beliau tedetik untuk memeluk agam islam kerana kagum dengan keindahan islam melalui cara hidup umat islam yang sangat unik di kaca matanya. Beliau mula memeluk agama islam di kota metropolitan iaitu Kuala Lumpur. Beliau bekerja di salah sebuah restoran  cina di Kuala Lumpur sebagai tukang masak. Beliau tinggal di Kuala Lumpur di sebuah rumah yang disewa bersama beberapa rakan-rakan melayu dari beberapa buah negeri. Beliau mula tertarik dengan agama islam melalui seorang teman serumah yang berasal dari negeri Kelantan.







 Detik-detik pengislaman beliau bermula apabila beliau mula mengikut rakan serumahnya pulang ke kampung halamannya di negeri  Kelantan untuk menyambut keindahan bulan mulia yang selalu dinantikan oleh seluruh umat islam iaitu bulan Syawal. Beliau jatuh cinta kepada islam setelah pertama kali mendengar azan subuh pada hari raya Aidil Fitri pertama pada tahun 2006. Perasaan sayu datang secara tiba-tiba. Dari celah-celah daun tingkap dia rasa teruja melihat orang-orang melayu memakai baju Melayu. Beliau  menjadi teruja untuk memakai baju seperti mereka dan menyambut kemeriahan Aidil Fitri bersama.

Beliau tidak dapat mengenal pasti mengapa perasaan seperti itu hadir dalam diri namun hatinya terasa seperti tenang bagai disimbah degan air sejuk setelah mendengar azan tersebut. Beliau tidak tentu arah setelah mendengar azan tersebut dan mula mencari jawapannya. Naluri hatinya makin kuat untuk mula memeluk agama islam dan hasrat di hati disambut dengan baik oleh rakan serumahnya itu. Setelah betul-betul yakin dengan keputusannya beliau mengucapkan dua kalimah syahadah di sebuah pejabat agama di bandaraya Kuala Lumpur.


  • ·         PERJALANAN HIDUP

Apa yang masih segar di ingatan beliau ialah bagaiman beban yang ditanggung oleh beliau seaka-akan hilang. Ketenangan yang dimiliki oleh beliau setelah memeluk agama suci ini dirasakn begitu berbeza sekali.ketenanngan yang tidak pernah dinikmatinya sebrlum memeluk agama islam. Beliau benar-benar nekad untuk menjadi seorang muslim yang sejati. Semangat untuk mendalami mengenai keesaan Allah semakin tinggi. Beliaumenghabiskan banyak masanya untuk menghabiskan masannya untuk menghadiri kelas agama,belajar fardu ain dan mengaji dan sehingga kini beliau masih tidak berhenti belajar. Beliau sehingga kini, beliau masih terus belajar mengaji dengan rakan serumahnya dan juga merangkap rakan sekerja beliau.


 Masih terngiang-ngiang di telinga saya, lunak suara saudara baru ini melaungkan ayat-ayat suci Al-Quran dan saya melihat beliau tidak pernah lupa untuk pulang kerumah untuk menunaikan seruan illahi yang kebetulan tidak jauh dari tempat kerja dan juga rumah saya kerana saya dan Encik Firdaus berjiran. Saya sangat kagum dengan kesungguhan yang kadang-kala jika dibandingkan dengan sesetengah umat islam yang islam dari lahir. Beliau mula mendalami ilmu mengenai agama islam di sebuah Majlis Agama Islam di Sungai Petani. Pengalaman yang diperolehi sentiasa disimpan sebagai panduan di masa hadapan,bukan sahaja disimpan dalam memori akal malah ditulis supaya boleh dirujuk apabila perlu. Setelah memeluk islam, beliau mula berhijarah ke tempat lain. Beliau mula berhijrah di Kedah iaitu di Sungai Petani. Seterusnya beliau mula berhijrah ke Pulau Pinang dan beliau tinggal di Pulau Pinang sehingga kini. Beliau meneruskan hasrat untuk menyambung perkidmatannya di sebuah restoran makanan dan usaha beliau berhasil dan rezeki berpihak kepadanya apabila diterima bekerja di sebuah retoran makanan di Teluk Tempoyak,Pulau Pinang.


 Setelah setahun bekerja, beliau dipindahkan ke sebuah restoran cawangan lain iaitu di Sungai Ara dan disitulah bermulanya titik-tik perkenalan saya dengan saudara baru tersebut. Beliau sangat bersyukur ke hadrat illahi kerana rakan sekarjanya yang baru sangat banyak membantu dirinya malahan majikan tempat keja beliau memberi sokongan yang padu kepada beliau. Pernah pada suatu hari, saya datang ke restoran berkenaan saya melihat majikan beliau sedang mengumpulkan para pekerjanya dan membuat perbincangan mengenai islam sebelum memulakan pekerjaan. Rasa kagum dan terpesona di dalam hati melihat senario yang ditonton.

وَلَنَجْزِيَنَّ الَّذِينَ صَبَرُوا أَجْرَهُمْ بِأَحْسَنِ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ [النحل: 96]


Dan  Sesungguhnya kami akan memberi balasan  kepada  orang-orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan

Berdasarkan firman Allah yang telah diberikan di atas oleh ustaznya, Encik Firdaus bertambah cekal dalam menghadapi segala dugaan dalam hidupnya. Segala dugaan yang dihadapi olehnya dihadapi dengan hati yang tabah dan penuh tawaduk.  Walaupun rasa di hati sangat senang dengan penerimaan saudara islam yang menyokong padu pengislamannya, jauh di sudut hati terselit rasa sendu dengan penolakan ibu kandung serta abang kerana dia harapan keluarga kerana kematian bapa mereka. Lafaz kalimah syahadah yang diucapkan menjadi titik tolak hubungan dengan keluarga menjadi renggang kerana mereka tidak dapat menerima penghijrahan beliau. Walaubagaimanapun, hati yang sekeras batu akan melekuk dengan titisan air, apatah lagi hati manusia. Ibu dan abang beliau dapat menerima kenyataan tesebut setelah beliau menerangkanperkara yang sebenar dan selalu mengambil hati ibu dan abanngnya. Walaupun baru empat tahun bergelar muslim, kehidupannya hari ini lebih bahagia dan tenang . Perintah dan larangan islam lebih jelas dan ini membuatkan beliau tahu apa yang boleh dibuat dan tidak.


  • ·         CADANGAN

Saya mencadangkan agar beliau membuka sebuah restoran sendiri kerana setelah empat tahun memeluk agama islam beliau sudah tentunya sudah arif tentang halal dan haram sesuatu perkara. Selain itu, beliau dapat menjana keuntungan yang lebih dan beliau dapat mengambil inisiatif membantu saudara baru sepertinya dalam mengenal islam dengan lebih dekat.  Beliau juga boleh membantu mengambil saudara baru sepertinya untuk bekerja di restoran miliknya dan hal ini sekaligus dapat membuatkan mereka lebih mempunyai keyakinan diri.

Selain itu, beliau juga seharusnya sentiasa mengambil tindakan terus belajar mendalami ilmu dalam Islam. Beliau juga harus sentiasa mengambil usaha untuk membantu  saudara baru sepertinya dalam kariah beliau. Selain itu, beliau harus selalu bergaul secara lebih banyak dengan jiran di kawasan perumahan yang dihuni walaupun kawasan tersebut baru dihuni. Hal ini kerana, jiran-jiran tersebutlah yang akan menolong beliau ketika dalam kesusahan. Selain itu, beliau boleh memohon bantuan mereka sekiranya terdapat sebarang kemusykilan.

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%


PENUTUP

Secara konklusinya, semua umat islam tidak harus memandang rendah pada saudara baru sesame islam kerana mereka juga memainkan peranan yang sama dalam memartabatkan nama dan imej yang baik mengenai agama islam. Secara jujurnya, umat islam yang islam secara lahiriah lebih kurang tertarik untuk mendalami islam berbanding dengan saudara baru yang memeluk islam. Seperti yang dapat kita lihat fenomena yang selalu terjadi iaitu umat islam dan melayu lebih banyak yang lebih tersesat jikalau dibandingkan dengan saudara baru atupun orang bukan islam. Persoalannya di sini, dimanakah tanggungjawab umat islam yang telah Allah s.w.t lantik sebagai khalifah di muka bumi dan memakmurkan bumi dalam membentuk komuniti masyarakat yang bertamadun dalam menurut Al-Quran dan As-Sunnah.


 Sebagai umat islam, haruslah diingat bahawa umat islam adalah seumpama gelas yang kotor. Manakala agama islam itu ibarat air yang jernih. Jika air itu dimasukkan ke dalam gelas tersebut maka terlindunglah kejernihan air itu. Justeru itu, kita sebagai umat islam seharusnya memikul tanggungjawab dalam menggilap cawan itu agar sentiasa bersih supaya tidak mencemarkan air tersebut dan melahirkan nuansa yang lebih indah yang lahir dari kejernihan air itu.
%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%
BIBLIOGRAFI


  1. Ø  ENCIK FIRDAUS CHEN BIN ABDULLAH
        PLOT 96 D,KAMPUNG TERSUSUN SG ARA, 11900 
        BAYAN LEPAS, PULAU PINANG.


  1. Ø  WIKIPEDIA


  1. Ø  RUANGAN MUTIARA KATA,MAJALAH NUR